Monday, January 28, 2013

CUTI-CUTI ,UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE,25 JANUARY 2013

Asslamualaikum & hai hai hai hai hai kepada semua yang sudi mengintai blog aku ni~
Ohhh tahun lepas 2012 tiada Entry yang aku update kan.hehe maklumlah tak ada idea & story untuk aku post.

Ok pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua yang membaca post aku ni, hehe maaf lambat wish. Dah nak masuk bulan february dah pun kekekek~ :D
Kepada kawan2 aku yang masih bersekolah,ade yang masuk asrama, teknik vokasional semua, semoga korang sukses dalam apa jua korang buat. All the best. 

Kayyy aku nak Story kat korang ni. hehe~ 3 Tahun lepas, aku ada post pasal Cuti2 kat HongKong kan ? ermm harap korang terhibur la membaca story aky yang aku karang syok sendiri tu. Tak tau la bagi korang best ke tak. Bagi aku best je la (Hahha Poyo Kejap :))~ 

Entry kali ni, aku nak story cuti2 aku dan keluarga aku ke Universal Studio Singapore~
Kita bermula dari awal biar story ni jadi panjang~ hua hua hua sapa rajin baca tu, sila baca, yang malas nak baca entry panjang2 ni, tiada paksaan. OKlah jom aku cite (ni cara buang masa namanya :P)

Pagi tu, pukul 5.30am , aku bangun mandi and bersiap siap. Begitu jugak lah dengan adik aku dua orang,mak ayah aku, pakjang,maklang,paklang,pakcik paksu,makngah pakngah and sepupu. Lepas solat subuh, kitaorang keluar rumah dalam pukul 8.30am mcm tu la. Kitaorg semua 13 orang. Pegi konvoi dua kereta. `1 kereta Mini Cooper lagi 1 Estima (Bukan menunjuk,just saja nak story,jangan fikir bukan2 :) teruskan membaca ).Perut semua pakat berbunyi bunyi.Yela pagi2 nak sarapan ape,Jadi kami semua singgah kat kedai makan Nasi Kandar pelita kat ampang point,Jam pada waktu tu menunjukkan pukul 8.55am. Kedai tu tak jauh pun dari rumah aku, so kejap je la sampai~ Dipendekkan cerita, selesai makan ,kami semua bertolak dari KL ke Johor Bahru, wahah JB! dah lama aku tak pegi. Perjalanan dari Kl ke JB tu tak silap aku lebih kurang 3jam setengah la, lagi pun kereta kat lebuh raya plus(selatan) tu tak banyak sangat,kira ok la. takde jem. Dalam kete aku tido kejap2 je, sambil pasang lagu kat radio, kete mini aku dengan family aku je, yang2 lain  naik estima~ best...cuaca pun macam nak hujan,sejuk dibuatnya.

3jam lebih perjalanan,akhirnya kami sampai kat negeri johor,time tu dah pukul 12.45tgh hari.Kami semua berhenti dekat Sedenak kalau tak silap aku untuk solat Jumaat.Jalan2 jugak,Solat jangan tinggal(Pesanan untuk diri sendiri dan kepada semua :) ) .Selesai solat jumaat, ade la warung kat sebelah masjid tu, haha kaum2 hawa dok order air, aku pun order jugak la air,then beli sikit keropok. Keropok pun masuk angin.. ahha apo dah~ 
Lepas tu, kami terus perjalanan ke Singapore. hooo yang ni buat aku rasa excited. Lagi 1 jam je nak masuk boarder singapore. hahaha terbayang sudah Universal Studio dimuka aku. :D

Akhirnya,kami sampai di checkpoint pemeriksaan kastam sebelum memasuki Singapore, kastam tu check passport,muka aku agak la... haha well new passport :D semua ok,xde sebarang masalah. kedua kereta selamat memasuki Singapore. Jambatan menghubungkan malaysia dan singapore tu pendek je, lupe nak bagi tau, kami masuk singapore melalui Tuas, dekat sikit sebab ayah aku ade cakap kalau ikot laluan lagi 1,jambatan dia panjang, kalau dari Tuas ni pendek je.. mmg pendek pun.Sedar2 dah ade kat negara Singapore dah. 

Masuk je singapore,ayah aku on GPS untuk cari Hotel yang kami dah booking.
Hebat2 kereta orang singapore,tak de 1 pun yang aku nampak biasa.Kalau kat malaysia jarang la nak nampak kete Jaguar  etc .Kat singapore kete tu belambak.~kay saje la nak panjang kan story.
cerita dipendekkan,kitaorang sampai kat hotel. Nama hotel tu HOTEL 81 HERITAGE.
Kalau tengok dari luar, bangunan dia nampak macam lama,walaupun cat baru.Tapi dalam,bilik perghh tak percaya.. cantik. Kemas, and memuaskan. Kitaorg masuk bilik masing2 la lepas checkin.Bilik aku dengan pakjang aku no 220, mak ayah adik2 aku 221, yg sebelihnya aku tak ingat num berapa. semua sekali 5 bilik :D ~ Kitaorg rehat jap,cuci2 muka,then keluar makan. Lapar sangat time tu, makan kat restaurant Zam Zam nasi briani, ye la kot nama kedai tu aku tak ingat. Aku makan nasik briani sepinggan. ayam kemain besar. hohooh :D
sedap.

Hari pertama :
Hari pertama kat singapore masa kami sampai tu, tak ada pegi mana2.Universal studio kami pegi hari kedua. hari pertama just jalan2 pusing2 je kat town dia.Malam tu, singgah mall nama mall tu Mustafa Centre, open 24hours. perghh hebat dorang ni.24hours mall dorang. macam2 ada,barang dapur,electronic,kira shopping centre macam kLcc la.Penat ouh berjalan malam tu-,- mata pun da mengantok tahap tak tau nak cakap macam mana.Lenguh lutut2 . Pastu dah puas jalan2 kat mall tu, x beli banyak barang, aku beli sweater je .ehhe nampak cantik~
Then lepas tu kami balik ke Hotel. mandi2 kejap, and tido,sebab hari kedua tu la yang best.

Hari kedua:
Huarghhh menguap bangun tido dengan airliur basi haha kay gurau je xD xde la sampai kluar habis airliur basi -,- lol bangun pagi2,mandi, time tu 6.20am. siap solat subuh,semua dah ada kat lobi hotel. 7.45am kami semua gerak pegi sarapan dulu. dalam 9.00am baru gerak ke Universal Studio. teruja hati aku xD x sabar2 la katakan xD hahah poyo...~
Dekat je,,, dalam 35minit sampai la kat universal studio coz tak jauh dari hotel. Sampai je kat situ, parking kete semua muka happy masing2 x sabar nak main kat dalam universal studio.Aku tak sabar2 nak amik gambar lol-,- :D

masuk je kat dalam Universal Studio tu, orang x berapa ramai lagi. coz baru bukak, so tanpa buang masa, kitaorg main permainan pertama iaitu TRANSFORMERS!
BEST! MMG BEST ! DIA 3D, KITA masuk dan duduk dalam kereta tu sambil pakai 3d glasses, nanti dekat screen tu ade la robot2 tgh lawan, Aku rasa macam robot2 kejar kereta kitaorg xD Bila ada effect meletup, nanti kita rasa macam wap2 panas. Rasa macam berada dalam situasi sebenar. (KORANG CUBA LA MASUK TRANSFORMERS TU,COZ AKU NAK CITE DETAIL SGT PUN SUSAH GAK, FREE ADE REZEKI NANTI KORANG PEGI LA :)

Then main permainan kedua yg ade kat situ.Iaitu,ROLLER COASTER. hahahaha! 
last aku main kat genting, bertahun dah tak naik.tetiba pakcik paksu aku ajak naik.nak tak nak aku rasa nak naik gak ;D dengan berani nya. AKU ,ADIK AKU,PAKCIK PAKSU KAMI 4 ORG DUDUK SEAT ROW YG DEPAN SEKALI. :D Paklang maklang pakjang dorang 3 org ni duduk row ke dua. berdebar tak tau la macam mana nak cakap, xD dub dab dub dab :D nak keluar tak boleh dah sebab dah pakai seatbelt and roller coaster tu pun dah nak gerak xD aku rasa maca nak tekencing lak:D Pastu rollercoaster tu mula bergerak xD awal2 dah laju xD buat aku terkejut je ~
Then masa dia nak menjunam ke bawah mcm giler2 tu, aku genggam jari aku kuat2. mmg laju and tinggi, aku tak boleh nak jerit. Daripada seronok,berdebar tetiba aku rasa jadi maca takut giler :D sampai pucat muka aku xD rasa macam melayang nak terpelanting keluar dari seat ~ giler takut. berserah kepada Allah je la time tu :D haha yang pakcik aku pulak macam tak da perasaan xD menjerit sambil angkat tangan ke atas. mmg enjoy giler dia. :D aku bukan tak enjoy tapi terlebih takut.whahahaha :D terbaik la. mmg tak menyesal naik.tapi serik la. Kalau nak naik kali kedua mungkin tak kot bagi aku sekali je cukup~

Then lepas turun dari rollercoaster tu, aku rasa macam nak pitam, berpeluh aku dibuatnya. Kepala pun jadi pening,otak rasa biul seketika,aku duduk kat tangga kejap sebelum kluar dari tempat roolercoaster tu, pening sangat. then kami semua jalan slow2 nak g main permainan lain.Time tu keadaan aku agak tak berapa ok,AKu g tandas. muntah 3kali. hahahah :D yessss biarlah -,- tak baik ejek :P  haha pas da muntah tu lega la sikit pening pala ni~ 

Permainan ke 3,kitaorg masuk tempat PHAROAH,dalam tu ade roolercoaster high speed gak.  Mampus aku, rollercoater lagi ingatkan train santai je. sekali baca kat papan notice dia tulis ROLLERCOASTER HIGH SPEED ,.hohooh lagi sekali aku berdebar. hahahha~ orang time tu da mula ramai,beratur kemain panjang, penat aku-,- 
Pastu sampai la giliran kami naik roolercoaster pharoah tu. Mmg laju,tapi ok sikit la sebab dia xde pusing sampai kepala kebawah :D seronok, menjerit2 gak aku dibuatnya.dalam tu dia macam gua, gelap, then rollercoaster pharoah tu lalu kat celah2 batu. yg tu agak menakutkan.rasa mcm kepala nak kena batu tu je :D

Turun dari pharoah tu, kitaorg main permainan lain lak, ermm naik boat. 
1 pelampung 9orang. bulat ~ pening. coz memusing. nasib la sape kena air dia la basah.akukena sikit je, paksu aku kena basah lencun.haha padan muke.~ tapi permainan pelampung ni tak berapa best la. sebab dia ada masuk 1 tempat ni gelap,tak nampak apa2, dalam masa sama pelampung tu pusing2, membuatkan rasa pening bertambah.

Cerita dipendekkan ...
 Pastu kami tengok 4D cerita Shrek. best jugak la.. bila donkey tu bersin,air liur dia tu betul2 tersembur kena muka.Panda dorang buat effect. muka mmg rasa percikan air~ tapi sikit je. xdela sampai basah lencun gitu. yang ni sesuai untuk budak2. aku pun enjoy gak la..hehhee 

Pastu da tgk shrek,kitaorg pegi tengok live show pulak pasal perang2.mmg best la.meletup2,keluar asap semua tu.yang paling best, actor kat situ simbah air dekat penonton.haha mmg dorang akan simbah air. nasib la sape duduk seat yg ade tulis splash, soak ape semua tu, barisan tu la yg akan kena.nasib baik aku tak kena byk. Then kitaorg pegi tgk perarakan costume, shrek,barbie semua ada :D 

Malam tu dekat pukul 7.30pm,kitaorg tunggu pertunjukkan bunga api, dan selepas tu, bergambar puas2 dalam Universal Studio tu.
Sebenarnya banyak lagi ,tapi tak larat aku nak karang apa kata nanti aku uplaod gambar korang tengok la yer :)

Hari ke3 tu hari last kami kat singapore.pagi tu seperti biasa sarapan dulu.
Lepas tu pegi 1 tempat ,nama tempat ni SENTOSA. ade pantai, naik cable car ,flying fox ade,tapi aku tak naik~ , tu jela. x berapa best . best bagi yang suka santai2 tu kira ok  la. Kami bertolak balik ke malaysia petang kot dalam kol 4lebih. Dari singapore, Johor,singgah dekat rnr pagoh jap makan sikit, then teruskan perjalanan ke Melaka, ayah aku belanja makan ikan bakar.aku tak ingat nama gerai tu tapi sedap.Pedas, ramai org, mmg terbaik la. kenyang dibuatnya.
Pastu teruskan perjalanan ke KL~ sampai rumah dalam kol 12.45 malam. ngntok sangat mata pun susah nak bukak. Pendek cerita, aku mandi kejap and siap2 untuk tido~ krohhh krohh krohhhh~ zzz

Haaaaaaaa pergh lenguh jari aku menaip.
Dah, sampai disini sajala cerita pasal cuti2 kat singapore ni.semoga terhibur, aku tau cite boring sebab aku tak pandai nak story.AKu karang ni pun just ikot suka aku la hahaha. Terima Kasih kerana sudi membaca. salah silap harap dimaafkan~

Gambar akan diupload ke facebook terlebih dahulu dan kemudian aku upload kat blog . ok?
InsyaAllah if umur panjang,nantikan entry yang akan datang~

HAVE A NICE DAY ^__^ STAY TUNED~